NOVEMBER 2023

Premier Sarawak Dan Isteri Hadiri Jemputan Hari Deepavali


KUCHING, 12 Nov - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri menghadiri jemputan sempena sambutan Hari Deepavali di sini.

Kunjungan tersebut merupakan jemputan Deepavali oleh Shankar R.P Asnani di King Curry House untuk makan tengah hari.  

Turut hadir dua Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng dan Dato Richard Wee Liang Chiat.

Sumber dari : Sarawakku